Sukan Hari Ini

Indonesia tewas di tangan Malaysia

SKUAD Harimau Malaysia membuka kempen Kejuaraan Futsal AFF langkah kanan apabila mengejutkan Indonesia 6-5 aksi Kumpulan B di Stadium Tertutup Huamark, Bangkok, semalam.

Pengendali skuad negara, Chiew Chun Yong mengakui lega kemenangan itu biarpun mulanya pemainnya kelihatan gugup.

“Aksi pertama cukup penting dan saya harap momentum positif ini mampu diteruskan dalam aksi seterusnya terutama pada aksi kedua berdepan Laos esok (hari ini).

“Sekiranya kemenangan berpihak kepada negara, ia akan memberikan satu kelebihan buat kita untuk layak ke pusingan seterusnya. Begitu pun masih banyak kelemahan yang harus kami perbaiki jika mahu melangkah jauh,” katanya.

Pada perlawanan itu, Indonesia terlebih dahulu mendahului menerusi Andri Kustiawan sebelum Abu Haniffa Hassan menyamakan kedudukan minit ketujuh.

Indonesia pasukan ranking ke-45 dunia kemudian menjaringkan dua gol untuk mendahului 3-1 menerusi jaringan Randy Satria Mushar minit ke-10 dan Syahidansyah Lubis minit ke-11.

Tersentak dua gol itu, skuad negara kembali menyamakan kedudukan 3-3 melalui dua gol berturutan minit ke-14 oleh Mohd Azwann Ismail dan Muhammad Azri Rahman.

Bagaimanapun, Indonesia kembali mendahului menerusi gol Ardy Dwi Suwardy minit ke-15 dan 19 untuk menjadikan kedudukan 5-3.

Babak kedua menyaksikan kebangkitan skuad negara apabila menyamakan kedudukan minit ke-26 menerusi Ridzwan diikuti jaringan Akmarulnizam Idris seminit kemudian.

Ridzwan muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan minit ke-29 untuk mengesahkan kemenangan negara.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");