Berita Hari Ini

Insiden bunga api: Polis nafi anggotai jawatankuasa

SHAH ALAM – Polis hari ini menyanggah dakwaan Majlis Perbandaran Klang (MPK) bahawa ia turut terlibat dalam jawatankuasa penganjuran Fiesta Gegar Klang 2016 sempena tahun baharu pada hujung minggu lepas.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Alzafny Ahmad berkata, pihaknya hanya dijemput bermesyuarat sekali sahaja oleh MPK selaku penganjur, iaitu pada 24 November dan tidak lagi terlibat dalam perbincangan selepas itu.

Beliau berkata, polis juga menganggap pertunjukan bunga api itu dibatalkan kerana MPK tidak memohon permit mahupun merujuk atau meminta pandangan pihaknya berhubung perkara tersebut.

“Disebabkan tiada permohonan permit (oleh MPK) bagi pertunjukan bunga api, polis menganggap ia dibatalkan jadi penugasan hanya tertumpu terhadap kawalan keselamatan orang ramai sahaja,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Semalam, akhbar melaporkan Yang Dipertua MPK, Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata, polis turut terlibat dalam jawatankuasa penganjuran fiesta tiga hari itu yang bermula pada Jumaat lalu.

Dalam kejadian Sabtu lepas, kegembiraan orang ramai yang mengunjungi pesta itu bagi menunggu detik 12 tengah malam tahun baharu 2017 bertukar menjadi mimpi ngeri apabila bunga api meletup di atas tanah, menyebabkan 14 cedera.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");