Berita Hari Ini

Isu Berbogel: Nazri Sifatkan Mereka ‘Sakit’

KUALA LUMPUR:Menteri Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC),Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menggesa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengambil tindakan tegas terhadap pihak penganjuran kem motivasi yang mewujudkan modul berbogel di sebuah resort peranginan di Bentong, Pahang, semalam.

Ujarnya tindakan penganjuran itu tidak sewajarnya dilakukan dan menyifatkan ia sebagai pemikiran kolot serta bertentangan dengan adat budaya negara Malaysia.

Tambahnya lagi ia perlu dipandang serius memandangkan sebelum ini rakyat mengutuk tindakan pelancong luar negara yang pernah melakukan aktiviti seumpama itu seperti yang berlaku di Sabah pada tahun 2015.

Malah jelasnya adalah tidak salah rakyat negara ini untuk mengikut budaya dan cara barat namun biarlah perkara itu munasabah.

“Saya ingat dia orang ni ‘sakit’ , penyakit orang kata tak untung diadakan modul itu.

“Saya rasa kepala tak betul, dan saya kira orang anjurkan tu akan diambil tindakan, kerana ini bukan budaya kita, ini gila punya kerja,” katanya memetik sumber sinar harian.

Semalam, tersebar berita berkenaan 39 lelaki yang berbogel dalam satu aktiviti sukan di sebuah pusat peranginan di Bentong ditahan pihak polis.

Dalam kejadian kira-kira enam petang itu, peserta yang berumur antara 19 hingga 23 tahun berkenaan sedang melakukan satu aktiviti dalam sebuah kem motivasi yang dianjurkan oleh sebuah syarikat swasta.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");