Berita Hari Ini

Isu bogel: Penganjur guna modul ala barat

BENTONG – Pihak penganjur kem motivasi yang melibatkan perbuatan tidak senonoh 39 peserta di sebuah resort di sini Sabtu lalu telah mendedahkan bahawa modul yang digunakan pihak penganjur melambangkan budaya barat.

Pensyarah Fakulti Tamadun Islam Universiti Teknologi Malaysia, Prof Dr Kamaruzaman Yusoff berkata, jika penganjur menggunakan modul yang berteraskan undang-undang Malaysia, mereka semestinya tahu bahawa aktiviti yang dilakukan itu telah melanggar undang-undang Malaysia.

Dr Kamaruzaman berpendapat, pihak penganjur ingin melakukan kelainan dan membuktikan bahawa mereka ini liberal dan terbuka serta tidak perlu dipandang kolot.

“Kem motivasi itu sepatutnya tidak menggunakan cara pemikiran daripada barat kerana itu orang putih punya perspektif, nak capai matlamat kerjama dan semangat berpasukan (sampai) mereka sanggup buka pakaian. Di Malaysia, perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku kerana ini sudah jelas tidak melambangkan budaya negara Malaysia.

“Pihak resort sepatutnya perlu meneliti setiap acara dan aktiviti program serta pemantauan perlu dilakukan.

“Jangan pula kerana keuntungan mereka tidak mengambil tindakan kerana apa yang mereka telah lakukan telah melanggar Akta PBT yang telah ditetapkan oleh kerajaan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Ahad lalu, Sinar Harian melaporkan, 39 lelaki yang berbogel dalam satu aktiviti sukan di sebuah pusat peranginan di Bentong ditahan pihak polis.

Dalam pada itu, beliau menjangka akan ada golongan liberal yang menyokong kem motivasi ini kerana itu hak peribadi dan mengatakan yang amalan itu tidak salah.

“Negara Malaysia merupakan sebuah negara Islam dan mereka perlulah menjaga sensitiviti umat islam kerana majoriti rakyat di Malaysia beragama Islam. Saya harap pihak polis perlu mengambil tindakan undang-undang supaya perkara ini tidak berlaku lagi dan kita sebagai rakyat perlu sensitif dengan isu-isu macam ini,” katanya lagi.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Penggerak Ummah Daerah Bentong, Mohd Hanifah Ismail berkata, pihaknya yakin jika tiada tindakan setegas-tegasnya, perkara ini pasti akan berlaku di masa akan datang.

“Mereka tidak sepatutnya mengadakan motivasi sebegitu dan boleh menjatuhkan nama baik Malaysia khusunya negeri Pahang kerana tahun ini merupakan tahun melawat Pahang. Mereka ini sepatutnya menghormati undang-undang negara kita.

“Pertubuhan Penggerak Ummah berharap agar mereka perlulah menghormati agama antara satu sama lain. Sebab kita rakyat Malaysia ini mempunyai pelbagai bangsa. Walaupun begitu kita semua sebagai satu keluarga.

“Jadi, kalau kita tidak menghormati antara satu sama lain, ini tidak bagus dari segi keagaamaan dan masalah sosial akan bertambah teruk nanti. Dan pemantauan dari pejabat agama itu perlu berterusan supaya isu ini tidak berlaku lagi,” katanya lagi.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");