Membawang Hari Ini

Jaga Makan Selepas Jatuh Sakit -Hazami

PETALING JAYA: Sejak berhadapan dengan masalah kesihatan iaitu usus berdarah sejak lebih setahun lalu, penyanyi, Hazami memberitahu dia lebih mengambil berat soal pemakanan.

Hazami atau Norkamal Hazami Ahmad, 42, berkata, dia perlu memastikan makanan yang dimakan perlu dimasak sepenuhnya.

“Sejak jatuh sakit saya perlu jaga pemakanan, yang penting ialah makanan yang seratus peratus masak. Sebab itu saya lebih suka memasak di rumah kerana saya tahu makanan itu sempurna ataupun sebaliknya.

“Selain itu, saya perlu elak mengambil makanan bercili, makanan laut dan daging,” ujarnya kepada mStar Online.

Tambahnya, untuk memastikan penyakit tersebut tidak mudah berulang,  dia juga perlu menjaga tidur dan masa rehat secukupnya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai perkembangan lain, Hazami berkata, dia mempunyai banyak perancangan yang tertangguh disebabkan masalah kesihatannya itu.

Ujarnya, dia merancang untuk kembali meneruskan kerja-kerja tertangguh tersebut sempena tahun 2017 ini .

“Sebenarnya saya banyak perancangan untuk keluar album, penggambaran klip video, showcase dan macam-macam lagi.

“Tapi semua terpaksa dibatalkan selepas saya sakit. Album saya itu seperti sudah terlambat dan saya teragak-agak untuk keluarkan atau tidak,” jelasnya

Dia juga berharap agar tahun 2017 ini menjadi masa untuknya melaksanakan rancangan-rancangan tersebut satu persatu.

Foto: mStar Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");