Membawang Hari Ini

Janet Jackson lahir anak pertama

NEW YORK: Bintang pop popular, Janet Jackson, melahirkan anak pertamanya, seorang bayi lelaki semalam, pada usia 50 tahun, kata pegawai publisitinya.

“Janet Jackson dan suami, Wissam Al Mana, teruja menyambut kelahiran anak lelaki mereka, Eissa Al Mana.

“Janet tidak menghadapi masalah ketika bersalin dan kini sedang berehat,” menurut kenyataan wakilnya kepada majalah People.

Jackson dan ahli perniagaan Qatar, Al Mana, berkahwin pada 2012, dan penyanyi itu, April lalu menangguhkan konsert jelajah dunia ‘Unbreakable’ bagi memulakan keluarga.

Pada Oktober, beliau mendedahkan kehamilannya dalam gambar eksklusif bagi majalah itu.

Jackson, anak bongsu keluarga Jackson yang terkenal, tidak memberikan sebarang butiran mengenai kehamilan atau di mana bayi itu dilahirkan.

Beliau pernah berkahwin dua kali sebelum ini iaitu dengan penyanyi James DeBarge pada pertengahan 1980-an dan penari Rene Elizondo Jr dari 1991 hingga 2000. – REUTERS

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");