Perak Hari Ini

Jangan Benarkan Orang Ambil Kesempatan – DS Zambry

IPOH: “Kita tak boleh benarkan mana-mana pihak ambil kesempatan atas apa-apa yang mereka terlibat bersama,” tegas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkaitan dengan amaran daripada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa kepada penjawat awam yang mana apa jua sukan dan aktiviti yang mungkin melibatkan kerjasama atau komplot bersama pihak-pihak berkepentingan adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Zambry berkata, apa juga permainan yang boleh menjurus kepada amalan yang tidak baik adalah tidak boleh dilakukan.

“Permainan apapun sama ada golf ke bola sepak ke itu tak salah, tapi perbuatan beriringan bagi tujuan mendapatkan sesuatu itu yang salah.

“Sebagai contoh, walau saya tak main golf… saya bermain bola sepak. Kalau ada orang menggunakan bola sepak itu untuk menaja itu atau menaja ini… dia bagi jersi… lepas itu dia hantar permohonan untuk minta kepada saya, itu tak bolehlah,” katanya lagi.

Memetik laporan media tempatan sebelum ini, Ali tanpa mendedahkan butiran berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pernah mengambil tindakan terhadap beberapa pegawai tinggi satu jabatan yang terlibat dalam permainan golf di luar negara.

“Tidak dinafikan ramai (penjawat awam) bermain golf tetapi (mereka) tidak terlibat dengan syarikat atau pihak berkepentingan. Mereka bermain antara penjawat awam, tidak melibatkan rasuah atau ‘betting’ (pertaruhan).

“Kalau ada kontrator yang ingin belanja atau turut serta, jangan terlibat sama ada permainan golf atau perjalanan ke luar negara,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");