Isu Panas

Jangan Politikkan Pelaburan China – MB Kedah

ALOR SETAR: Tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang disifatkan sengaja bersikap terlalu sensitif dengan isu pelaburan dari China dipertikaikan kerana Malaysia sudah lama membuka ruang kepada negara asing untuk melabur.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah =n berkata, Kedah sendiri mengalu-alukan kedatangan pelabur termasuk dari China bagi membawa manfaat kepada rakyat di negeri ini, khususnya dalam membuka lebih banyak peluang pekerjaan, tanpa berniat untuk menjual negeri kepada negara terbabit.

“Kenapa pelabur dari China nak dijadikan isu politik pula… apa beza kita panggil pelabur dari Eropah, Jepun, Kanada, Amerika Syarikat… kitapun tak faham mengapa Tun Mahathir sensitif dengan pelabur dari China dan marah sangat dengan mereka sampai kata kita nak jual negara.

“Contohnya, kalau kita tarik pelabur dari Amerika Syarikat dan Eropah, adakah kita nak jual negara kepada mereka? Pemikiran ini (Tun Mahathir) adalah pemikiran orang yang hilang ‘alignment’.

“Di Kedah sendiri kita sudah mempunyai pelabur dari China yang membawa nilai pelaburan agak tinggi melalui beberapa projek terbaru kerajaan negeri, namun ia tidak bermaksud kita nak jual negeri ini kepada China,” katanya, memetik laporan Berita Harian.

Beliau berkata kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran GERAKAN Kedah di sini, hari ini.

Pada masa sama, Ahmad Bashah berkata, sehingga kini Kedah sudah berjaya menarik pelaburan nilai tinggi daripada China, khususnya projek Terminal Perikanan Bersepadu Kedah (KIFT) yang membabitkan pelaburan berjumlah RM1.5 bilion dan kilang tayar di Bandaraya Getah bernilai RM1 bilion.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");