Membawang Hari Ini

Jay Iswazir keluar zon selesa

PELAKON Jay Iswazir mengakui sering diberikan watak antagonis sehingga peminat lebih mengenalinya dengan watak tersebut dari awal bergelar pelakon.

Bagaimanapun, bakat program realiti Pilih Kasih (musim kedua ini) tidak ada masalah tentang perkara itu, sebaliknya kepercayaan yang diberikan kepadanya kerana impak yang dibawa menerusi watak begitu.

“Pada mulanya saya sedikit kecewa dan sering tertanya-tanya kenapa asyik diberikan watak antagonis sahaja sedangkan saya juga boleh bawa pelbagai watak lain.

“Namun bila difikirkan balik, sebenarnya ia juga sesuatu yang positif kerana orang di luar sana mengiktiraf lakonan saya menerusi watak sebegitu. Ini bermakna saya berjaya beri impak kepada mereka,” ujarnya yang mula dikenali menerusi drama Carlos.

Meskipun sering membawakan watak antagonis, kata Jay, dia cuba memberikan kelainan menerusi pendekatan yang digunakan untuk setiap watak.

“Memang pada asasnya ia adalah watak jahat, namun sebagai pelakon adalah menjadi tanggungjawab kita mencorakkan watak itu dengan cara yang bagaimana,” akuinya.

Pun begitu, menerusi filem terbaru lakonannya, Kanang Anak Langkau The Iban Warrior yang bakal menemui penonton pada 16 Mac ini, Jay tampil dengan watak baik yang jarang sekali diberikan kepadanya.

“Ketika ditawarkan berlakon filem ini, saya ingatkan dapat watak komunis, tapi tak sangka diberi kepercayaan sebagai askar Melayu.

“Barulah rasa seronok kerana dapat keluar dari zon selesa dan buat sesuatu yang berbeza,” katanya.

Disebabkan itu, Jay tidak dapat menyembunyikan rasa terujanya menantikan filem yang ditayangkan kepada umum selepas dua kali tayangannya tertunda.

“Akhirnya filem yang telah menjalani penggambaran lebih tiga tahun lalu di beberapa lokasi di Perak dan Sarawak ini bakal memasuki pawagam.

“Lama kami menunggu tetapi yakin penantian ini berbaloi apabila melihat sambutan awal penonton menerusi beberapa sesi pratonton.

Berkongsi pengalamannya sepanjang menjalani penggambaran, kata Jay, kesemua pelakon yang terlibat terlebih diberi latihan asas ketenteraan selama dua minggu di Kem Tentera di Ipoh, Perak dan mereka juga katanya, tidak mengalami sebarang masalah di lokasi dan menjayakan watak yang diberikan dengan feel sebenar seorang askar.

“Meskipun banyak babak aksi yang cukup mencabar fizikal kami ketika itu, semuanya dapat dilaksanakan dengan baik sebagaimana yang dimahukan oleh pengarah,” katanya yang juga aktif di pentas teater.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");