Jenayah

Jel 12 bulan

Melaka: Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam, selepas mengaku bersalah terhadap tiga tuduhan mencuri barang dari dalam kereta, bulan lalu.

Lem Kian Lee, 40, mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa di depan Majistret Norina Maludin.

Mengikut pertuduhan pertama, Lem didakwa mencuri satu beg jenama HP, satu beg KL Sea Games, beg kasut jenama Nike, satu lampu LED, sepasang stokin PUMA dan dua helai kemeja-T bernilai RM100 kepunyaan seorang lelaki berusia 36 tahun.

Perbuatan itu dilakukan di tingkat dua tempat letak kenderaan Hotel Bayview, Jalan Bendahara, di sini, 9 Disember lalu.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mencuri barang iaitu sebuah komputer riba Fujitsu milik seorang lelaki yang juga berusia 36 tahun.

Kesalahan itu dilakukannya di tingkat tiga tempat letak kenderaan Hotel The Shore, pada 11 Disember lalu.

Manakala bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa mencuri barang dari dalam kereta yang bernombor WGD4422 milik lelaki berusia 34 tahun membabitkan kerugian kira-kira RM10,000.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di tingkat empat, pusat beli-belah The Shore, 13 Disember lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan bagi ketiga-tiga pertuduhan yang mana jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Lem yang diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) HK Goh merayu anak guamnya dikenakan hukuman ringan atas alasan tertuduh mengaku bersalah dan memberikan kerjasama dengan memulangkan semua barang kes.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Azri Zakaria, memohon tertuduh dijatuhi hukuman setimpal atas perbuatannya.

Muhammad Azri berkata, pada usia 40 tahun tertuduh waras untuk membuat pertimbangan mengenai kesalahan menceroboh kenderaan awam.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");