KUALA LUMPUR: Polis menyerbu 13 premis yang menjadi pusat operasi kegiatan ceti haram atau along di sekitar Johor dan Ipoh, Perak.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata dalam serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Kontinjen Johor dan Perak itu, seramai 37 anggota along ditahan.
“Syabas JSJK Bukit Aman/Johor/Perak @PDRMsia serbu 13 premis Operasi Along di Johor dan Ipoh. Tahan 37 ahli kumpulan along haram. #GoPDRMGo,” katanya menerusi akaun Twitter rasminya hari ini.
Dalam status itu, Khalid turut memuat naik dua gambar rampasan yang dilakukan dalam serbuan berkenaan iaitu poster along dan senjata tajam dipercayai digunakan kumpulan ceti haram terbabit.
-BH Online
Komen & Pendapat