Berita Hari Ini

Jumlah mangsa banjir Kelantan kekal, Sungai Golok masih paras bahaya

KOTA BHARU: Mangsa pemindahan banjir di Kelantan kekal kepada 12,636 dari lapan daerah di negeri ini sehingga pagi ini.

Sungai Golok di Rantau Panjang masih berada di paras bahaya manakala Sungai Kelantan di Kusial, Tanah Merah, mencatat bacaan amaran.

Mangsa daripada 4,307 keluarga kini ditempatkan di 62 pusat pemindahan dari Pasir Mas, Kuala Krai, Tanah Merah, Machang, Tumpat, Bachok, Kota Bharu dan Pasir Puteh.

Berdasarkan portal e-Banjir, Jeli yang sebelum ini mencatatkan jumlah mangsa paling ramai sudah pulih sepenuhnya, selepas kesemua pusat pemindahan di daerah berkenaan sudah ditutup.

Sehingga jam 7 pagi ini, Pasir Mas masih mencatatkan bilangan mangsa tertinggi iaitu 8,679 mangsa daripada 3,131 keluarga yang ditempatkan di 34 pusat pemindahan.

Di Kota Bharu pula terdapat seramai 715 mangsa dengan 184 keluarga; Tumpat 1,965 mangsa (649 keluarga); Tanah Merah 314 mangsa (79 keluarga); Pasir Puteh 568 mangsa (160keluarga); Kuala Krai 40 mangsa (8 keluarga) dan Bachok 110 mangsa (28 keluarga).

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");