Berita Hari Ini

Jumlah mangsa banjir Terengganu naik mendadak

KUALA TERENGGANU: Banjir di Terengganu semakin membimbangkan pagi ini apabila jumlah mangsa meningkat mendadak sehingga 11,506 orang dari 3,391 keluarga di 133 pusat pemindahan di enam daerah di seluruh negeri.

Hujan lebat tanpa henti menyebabkan jumlah mangsa bertambah lebih sekali ganda berbanding hanya lebih 4,000 mangsa dicatatkan sehingga jam 10 malam tadi.

Sehingga jam 8 pagi ini, daerah Besut mencatat jumlah mangsa paling ramai iaitu seramai 4,211 orang dari 1,142 keluarga di 47 pusat pemindahan.

Ia diikuti daerah Hulu Terengganu dengan jumlah mangsa yang meningkat kepada 3,360 orang dari 1,053 keluarga di 33 pusat pemindahan.

Daerah Setiu juga menyaksikan peningkatan jumlah mangsa kepada 2,706 orang dari 863 keluarga di 27 pusat pemindahan.

Jumlah mangsa di Kemaman juga meningkat kepada 940 orang dari 256 keluarga di 19 pusat pemindahan.

Sementara itu dua daerah iaitu Dungun dan Marang masing-masing kekal dengan jumlah mangsa seramai 259 orang dari 67 keluarga di enam pusat pemindahan dan 30 mangsa dari 10 keluarga di satu pusat pemindahan.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");