Jenayah

Jumpa janin dalam tong sampah

BUKIT MERTAJAM: Seorang pengawal keselamatan menemui janin dipercayai berusia kira-kira enam bulan dalam tong sampah di hadapan sebuah kedai makan dekat Taman Perwira di sini, malam tadi.

Pengawal keselamatan berusia 36 tahun itu dikatakan mencari tin dan botol untuk dijual dalam tong sampah kira-kira jam 8 malam, sebelum menemui janin terbabit.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid, berkata janin bayi lelaki itu ditemui berbalut dengan seluar berwarna putih.

“Janin berkenaan ditinggalkan dalam kawasan terbuka dan belum ada saksi dikesan bagi membantu siasatan.

“Tempat berkenaan tidak dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV),” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, saksi kejadian atau sesiapa yang mempunyai maklumat diminta menghubungi polis bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan,” katanya.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");