Jenayah

Jumpa mayat di tebing sungai

Konowit: Mayat ditemui tersangkut di ranting kayu dekat tebing Sungai Sungai Rejang Nanga Ngemah, Kanowit.

Mayat tanpa indenti dan hampir reput itu ditemui orang awam dalam keadaan terlentang, pada kira-kira 5 petang, 28 Januari.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufyan Borhan, berkata bomba menerima panggilan kecemasan pada 5.05 petang.

Menurutnya, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba Konowit dikerahkan ke lokasi.

Menurutnya, mayat itu kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Sehingga ini, maklumat mangsa masih belum diketahui berikutan keadaan mangsa yang hampir reput,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");