Berita Hari Ini

Kad Komuter Link dijual dengan harga RM2

KUALA LUMPUR – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) melalui perkhidmatan KTM Komuter akan menjual kad Komuter Link bagi dewasa dengan harga RM2 berbanding harga asal RM10 mulai esok hingga 5 Februari.

Menurut kenyataan KTMB hari ini, ia bertujuan menggalakkan orang ramai terutama pengguna KTM Komuter menggunakan kad berkenaan sebagai pilihan utama untuk membayar tambang perjalanan.

“Pengguna kad Komuter Link dapat membuat penjimatan perbelanjaan kerana mereka boleh menikmati diskaun dengan harga tambang sehingga 20 peratus bagi setiap transaksi perjalanan,” kata Pengurus Besar Perkhidmatan KTM Komuter, Azshidah Shah Shahari.

Kad itu boleh dibeli di kaunter tiket KTM Komuter, mesin tiket dan melalui pasukan bergerak di stesen-stesen utama sepanjang tempoh promosi.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");