Perak Hari Ini

Kajian Pertumbuhan Perak Dijangka Siap Pertengahan Tahun Ini

IPOH : Laporan berkaitan hasil kajian ekonomi, pendapatan isi rumah dan pertumbuhan negeri Perak oleh satu badan bebas dijangka akan siap pada pertengahan tahun ini .

Ia berikutan kerana masih terdapat dua kawasan kajian yang sedang dijalankan ujar, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

“Kajian ini bukanlah sebagai respon kepada apa yang dikeluarkan oleh Khazanah Research Institute (KRI), tetapi lebih kepada keperluan kerajaan negeri untuk melihat sejauh mana pencapaian yang dicapai oleh negeri Perak dan kedudukan negeri pada tahap ini dengan memberi fokus kepada negeri ini semata-mata semata-mata.

“Ini kerana, kalau kita lihat kajian dan perbandingan yang dibuat oleh pihak KRI atau mana-mana pihak, mereka perlu mengambil data dari seluruh negara, sedangkan daripada sumber-sumber itu, kadangkala agak ketinggalan,” katanya ketika ditemui selepas majlis Executive Talk dan Perutusan Menteri Besar Perak di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Ghazali Jalal dan barisan Exco negeri.

Terdahulu, KRI dalam satu kajian meletakkan Perak sebagai negeri kedua berpendapatan rendah, namun disangkal oleh Zambry.

Zambry berkata, sumber yang diperolehi oleh KRI untuk membuat perbandingan mengenai kadar pendapatan rakyat antara negeri agak ketinggalan.

Beliau berkata lagi, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk menyediakan data-data terkini supaya ia boleh dijadikan rujukan oleh mana-mana pihak yang ingin menjalankan kajian.

“Data ini juga bukan disediakan mengikut apa yang kerajaan negeri mahu, tetapi yang dibuat oleh pihak agensi dan pelbagai konsultan bebas.

“Data ini merangkumi ekonomi, pertumbuhan, pendapatan, B40 dan lain-lain yang boleh dijadikan rujukan kepada banyak pihak supaya mereka ada data-data terkini,”katanya.

Ujarnya lagi, kajian itu juga melihat kepada anjakan daripada tahun 2009 sehingga 2016.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");