Panasnya Hari Ini

Kalau Berani, AMANAH Sila Lawan PAS

KUALA LUMPUR : Parti Amanah Negara (AMANAH) dicabar untuk bertanding menentang PAS sekiranya mempunyai hasrat untuk menggantikan parti Islam itu di kawasan pilihan raya yang dimenanginya pada pilihan raya umum (PRU) sebelum ini.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berharap, AMANAH dinasihati supaya tidak bertindak menyuruh parti lain berlawan dengan PAS berikutan tidak berani berdepan dengan parti Islam itu.

“PAS tidak ada masalah jika AMANAH hendak bertanding di kerusi yang dimenangi atau pernah ditandingi PAS kerana ia hak masing-masing dalam negara demokrasi.

“Tetapi kalau betul hendak menggantikan PAS, maka silakan bertanding melawan PAS,”katanya lapor Free Malaysia Today.

Terdahulu, beberapa pemimpin AMANAH mengeluarkan kenyataan untuk bertanding di beberapa kerusi milik PAS termasuk di Selangor.

Parti itu dilaporkan berkata akan bertanding di semua kerusi yang ditandingi PAS pada PRU lalu di Selangor iaitu 20 kerusi DUN dan tujuh kerusi Parlimen.

Iskandar berkata, PAS sedia berdepan dengan ‘landskap politik baharu’ dan siap sedia untuk menerokai kawasan baharu jika tiada persetujuan bagi pertandingan dua penjuru dalam PRU.

“Sama ada dua penjuru atau tiga penjuru, jentera pilihan raya PAS bersedia menghadapi apa sahaja kemungkinan.

“Jika ada persetujuan untuk dua penjuru, PAS boleh menghormatinya. Jika tidak ada persetujuan dan akan berlaku ‘free for all’, PAS bersedia untuk menerokai kawasan baharu,”jelasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");