Jenayah

Kanak-kanak korban pertama banjir di Pahang

PEKAN: Bencana banjir di negeri ini meragut nyawa pertama membabitkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 1 tahun 8 bulan yang terjatuh dalam banjir sedalam tiga kaki di rumahnya di Kampung Tanjung Medang Hilir, malam tadi.

Mangsa, Siti Nurdawisyah Abdul Rahman yang hilang kira-kira jam 7.22 malam itu ditemui tersangkut di celah pokok di luar rumah selepas 30 minit dicari keluarga dengan bantuan jiran.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Amran Sidek berkata, bapa mangsa memaklumkan kejadian tersebut sebelum membawa kanak-kanak tersebut ke hospital Pekan menaiki kenderaan polis.

Menurutnya, mangsa yang dirawat di unit kecemasan disahkan meninggal dunia pada jam 9.17 malam tadi.

“Hasil siasatan, bapa mangsa memberitahu adik iparnya terlupa untuk menutup pintu rumah selepas mengalih perahu ke bahagian bawah rumah menyebabkan anaknya keluar berjalan dan terjatuh ke dalam air.

“Mangsa merupakan anak tunggal dan ketika kejadian, isteri, bapa dan ibu mertua serta adik ipar berada di rumah.

“Bedah siasat mengesahkan sebab kematian adalah ‘drowning’ dan tiada kesan unsur jenayah pada tubuh badan mangsa sebelum diserahkan kepada keluarga,”katanya.

Amran berkata, jenazah di bawa ke rumah keluarga dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Sungai Panching Utara, Kuantan pada malam tadi atau selewat-lewatnya pagi ini.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");