Jenayah

Kanak-Kanak Lima Tahun Dicampak Bapa Tiri

KUALA TERENGGANU – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun patah lengan kiri apabila dicampak bapa tirinya sehingga patah lengan kiri, dalam kejadian di Kampung Wakaf Mempelam, di sini, Jumaat lalu.

Sinar Harian melaporkan, kejadian tersebut hanya disedari seorang pegawai perubatan yang memeriksa kanak-kanak malang itu ketika mangsa dihantar untuk mendapatkan rawatan susulan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, kira-kira jam 8.30 malam.

Menurut sumber, mangsa dibawa ibunya berusia 30-an ke hospital berkenaan bertujuan mendapatkan rawatan selepas mangsa mengadu sakit di bahu kiri sebelum pemeriksaan lanjut mendapati tulang lengan kiri kanak-kanak itu patah.

“Hasil soal siasat daripada pegawai perubatan bertugas, ibu mangsa memaklumkan suaminya sebelum itu ada melempar mangsa ke katil dalam keadaan marah sehingga menyebabkan bahu kiri anaknya bengkak.

“Pegawai perubatan yang mengesyaki mangsa didera kemudian membuat laporan polis untuk tindakan susulan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian.

Katanya, suspek berusia 32 tahun sudah ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");