Jenayah

Kanak-kanak maut dihempap pagar taska

PONTIAN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun, maut setelah dihempap pintu pagar sebuah taska di Kampung Melayu Raya Pekan Nanas kira-kira jam 6.27 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Pontian, Suprintendan Zakaria Abdul Rahman berkata, siasatan awal mendapati mangsa dikenali sebagai Nur Adawiyah Zulkifli merupakan murid taska berkenaan.

“Setelah selesai waktu belajar pada jam 5.00 petang dan kesemua pelajar telah pulang, ibu mangsa datang menjemput anaknya itu.

“Ketika menjemput anaknya itu, ibunya turut membawa kakak dan abang mangsa yang berumur 7 dan 5 tahun,” katanya pagi ini.

Jelasnya, ibu mangsa telah berbual-bual sambil membantu guru taska berkenaan mengemas kelas.

“Manakala mangsa bersama kakak dan abangnya di luar bangunan. Mangsa dipercayai telah bermain sorong tarik pagar lalu rail pagar telah terkeluar daripada landasan lalu menghempap si mati.

“Menyedari bunyi bising, ibu mangsa telah berlari keluar dan mendapati si mati sudah terbaring dihempap besi pagar taska berkenaan. Abang dan kakak mangsa sempat melarikan diri,” katanya.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Pontian untuk bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan menunggu laporan bedah siasat,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");