Isu Panas

‘Kata Pas proksi BN tapi ajak bersama’

SHAH ALAM – Dakwaan yang menuduh Pas merupakan proksi BN, merupakan satu tuduhan liar.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata sejak isu ini dimainkan sehingga kini masih tiada bukti yang menunjukkan kepada dakwaan tersebut.

“Ini merupakan satu tohmahan semata-mata, Pas sudah banyak kali menafikan perkara ini tetapi isu ini tetap dimainkan.

“Kalau hendak kata Pas proksi kepada BN, kenapa dalam masa yang sama mahu ajak Pas bersama-sama dalam Pakatan Pembangkang, sehinggakan Penasihat DAP Lim Kit Siang pun turut mengubah nada terhadap Pas, kenapa tidak konsisten, bagi saya kenyataan ini merupakan satu bentuk pemikiran yang bercelaru,” katanya kepada Sinar Online.

Tuan Ibrahim berkata demikian merujuk kenyataan Timbalan Presiden Parti Amanah, Salahuddin Ayub yang mengatakan blok ketiga adalah proksi BN, walaupun mereka menegaskan mereka tidak bersama BN.

Walaupun tidak merujuk secara khusus kepada Pas, mudah difahami bahawa blok ketiga merujuk kepada Pas, ini kerana blok ketiga telah diwujudkan oleh Pas dan beberapa parti lain sejak tahun lalu, sebagai satu alternatif kepada pengundi selain BN dan Pakatan Harapan (DAP,Amanah,PKR).

Menegaskan perkara ini, Tuan Ibrahim berkata, kenyataan ini juga sekadar untuk ‘menghidupkan’ Amanah yang kini sudah ‘suam-suam kuku’.

“Sekadar nak menampakkan parti mereka…”, katanya lagi.

Katanya lagi,Pas juga telah membuktikan bahawa parti mereka bukan proksi BN, kerana hampir 90 peratus kerusi yang mereka tandingi lawannya adalah BN.

“Jadi dalam isu ini BN adalah lawan kita, kita tetap akan tentang mereka (Umno/BN),”katanya lagi.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");