Sukan Hari Ini

Kedah Akan Jawab Pada FAM, Pertahan Rizal

Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Aminuddin Omar menjelaskan bahawa Kedah akan memberikan jawapan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam usaha mempertahankan Rizal Ghazali yang turut dituntut kelab Liga Super, Felda United.

Memetik laporan Sinar harian, ujarnya afidavit yang dikemukakan oleh pengurusan kelab tersebut akan dijawab dalam masa terdekat.

Malah jelasnya Rizal masih turun berlatih seperti biasa bersama pasukan bagi persiapan menghadapi perlawanan kedua Liga Super menentang Sarawak di Stadium Darul Aman pada Jumaat ini.

Semalam Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Status Pemain FAM, Abdul Aziz Yeob Jamaluddin berkata, Hijau Kuning perlu menjawab afidavit yang dikemukakan Felda United walaupun Rizal sudahpun didaftarkan sebagai pemain mereka musim ini.

Terdahulu FAM telah menghantar surat kepada KFA untuk memberikan jawapan sehingga 27 Januari sebelum memutuskan tarikh mesyuarat sebenar berkenaan isu tersebut.

Pemain tersebut sebelum ini dilaporkan menandatangani kontrak lanjutan bersama Kedah walaupun sudah menandatangani perjanjian dengan Felda United sebelum final Piala Malaysia 2016.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");