Sukan Hari Ini

Kedah ketinggalan sebelum menang

KEDAH bangkit menang pada perlawanan kedua Liga Super 2017 ke atas Sarawak 3-2 di Stadium Darul Aman, malam tadi.

Mart Andrew Hartman terlebih dahulu meletakkan pelawat 1-0 di hadapan seawal minit ke-9 selepas melakukan satu jaringan cantik menerusi sepakan percuma selepas rakannya, Abd Rahim Abd Razak dijatuhkan di hadapan kotak penalti Kedah.

Tuan rumah kembali menyusun permainan mereka untuk memburu gol penyamaan

Usaha berterusan mengasak nyata memberikan tekanan kepada Sarawak dan menyaksikan lawan mula berkumpul di dalam kawasan sendiri.

Gol penyamaan 1-1 yang diburu menjelma pada minit ke-21 menerusi rembatan dari jarak 40 meter oleh Baddrol Bakhtiar yang mengelirukan pertahanan dan penjaga gol Sarawak.

Namun selang lima minit kemudian, Tommy Mawat kembali meletakkan Sarawak 2-1 di hadapan selepas memanfaatkan kekalutan di hadapan pintu gol tuan rumah hasil satu serangan pantas.

Pada separuh masa kedua, Hijau Kuning terus bersemangat mengempur kubu pelawat dan berjaya menguasai sebahagian besar perlawanan.

Hasilnya, tuan rumah berjaya mendahului Sarawak 3-2 apabila menjaringkan dua gol pada minit ke-70 dan 72 dengan sokongan 25,000 penyokong setia.

Gol pantas dalam tempoh dua minit tersebut dijaringkan oleh Sandro Da Silva dan pemain gantian, Syazwan Zainon.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");