Jenayah

Kedai runcit dua tingkat musnah terbakar

NILAI – Sebuah kedai runcit berhampiran Pangsapuri Cempaka Puri Nilai di sini musnah 80 peratus dalam kebakaran kira-kira 5 pagi tadi.

Pegawai Bomba Kanan 1 Balai Bomba dan Penyelamat Nilai Jamaludin Latif berkata kebakaran itu disedari orang ramai sebelum menghubungi bomba pada 5.03 pagi, yang tiba di tempat kejadian lima minit kemudian.

“Api tidak kelihatan sewaktu pihak bomba tiba namun, asap berkepul-kepul keluar dari premis dua tingkat itu.

“Sejurus pintu dibuka, api sedang membakar barang-barang di dalam premis tersebut,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Jamaludin berkata api dapat dikawal dalam tempoh 15 minit dan kebakaran dipadamkan sepenuhnya 45 minit kemudian.

“Api tidak melarat ke premis bersebelahan… punca kebakaran dan nilai kerugian belum diketahui,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Zaldino Zaludin memberitahu, siasatan awal polis mendapati tiada unsur khianat dalam kebakaran itu.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");