Sukan Hari Ini

Keletihan Babak Kedua Jadi Punca Sarawak Tewas

Jurulatih pasukan Sarawak, David Usop mengakui berang dengan keengganan Mateo Roskam beraksi pada aksi kedua Liga Super menentang Kedah di Alor Setar, kelmarin.

Roskam yang disenaraikan dalam kesebelasan utama Bujang Senang mendakwa cedera dan tidak cukup cergas untuk diturunkan pada perlawanan tersebut.

Bagaimanapun kata David, laporan doktor bercanggah dengan alasan diberikan import dari Croatia itu.

“Kita ada bawa dia jumpa doktor panel dan disahkan ototnya cukup kuat, dia fit dan boleh main.

“Kemudian saya suruh dia jumpa doktor lagi, dan keputusannya sama dia boleh bermain.

“Tapi dia bagi macam-macam alasan, tak mahu main. Kalau dia ada, mungkin keputusan malam ini tidak sama,” katanya memetik sinar harian.

Bagaimanapun dia memandang daripada sudut positif berhubung kekalahan pertama musim ini sambil menyifatkan faktor keletihan babak kedua menjadi punca mereka tewas di Stadium Darul Aman.

“Kedah kuat, mereka guna segala kesempatan untuk menghukum kami. Kelemahan di minit akhir perlawanan akan di atasi segera,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");