Berita Hari Ini

Keluarga miskin boleh minta bantuan KWAMP – Mahdzir

KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid meminta ibu bapa yang kurang berkemampuan berhubung dengan pihak sekolah untuk bantuan persekolahan daripada kerajaan termasuk Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM).

Beliau yang berkongsi Video BH Online mengenai murid miskin hanya berpakaian lusuh ke sebuah sekolah rendah di Ayer Keroh Melaka, berkata banyak bantuan disalurkan kerajaan untuk membantu keluarga miskin.

“Saya mohon agar ibu bapa yang kurang berkemampuan berhubung dengan pihak sekolah untuk membantu. Ada pelbagai bentuk bantuan antaranya KWAPM disediakan kerajaan, ” katanya dalam entri terbaharu Facebooknya, hari ini.

BH Online semalam melaporkan seorang ibu tunggal dari Ayer Keroh, terkejut apabila berita mengenai anaknya yang juga murid miskin hanya berpakaian lusuh ke sebuah sekolah rendah di Ayer Keroh tersebar di laman sosial, Facebook.

Wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Hasnah, 40-an, berkata walaupun berita yang tersebar itu benar namun bukan dia yang bertanggungjawab menyebarkannya.

Tiga anaknya, Farid Zakaria, 18; Julie Kalthum, 8; dan Fatimah Zahara Abdullah, 7, itu hanya berpakaian sekolah hasil sumbangan orang ramai yang sudi menghulurkan bantuan kepada keluarga berkenaan, sejak empat tahun lalu.

Dua keping gambar anak bongsunya, Fatimah Zahara, yang hadir pada sesi daftar murid Tahun Satu di sebuah sekolah rendah di Ayer Keroh dengan mengenakan pakaian sekolah serta kasut lusuh tersiar Facebook, sehingga mengundang simpati netizen.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");