Sukan Hari Ini

Kemenangan motivasi buat Spurs

KEMENANGAN meyakinkan 4-1 ke atas Watford di Stadium Vicarage Road kelmarin disifatkan sebagai suntikan motivasi berkesan menjelang kunjungan ke Chelsea, 5 Januari ini.

Perkara ini diakui pengurusnya, Mouricio Pochettino yang bertekad menebus kekalahan 1-2 kepada Spurs awal musim ini.

“Chelsea kini berada di posisi terbaik selepas mencatat kemenangan demi kemenangan, begitu juga kami selepas menang dalam empat perlawanan berturut-turut.

“Perlawanan ini akan jadi perlawanan yang berat untuk kedua-dua pasukan, tapi saya rasa ini akan menjadi kesempatan terbaik untuk kami menghentikan dominasi mereka.

“Ini akan menjadi misi wajib menang kami dan berada di kedudukan empat terbaik dalam liga,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");