Panasnya Hari Ini

Kenyataan Pembangkang Bercanggah, Rakyat Jadi Keliru

KUALA LUMPUR:Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim menyifatkan sikap parti pembangkang yang sentiasa bercanggah antara satu sama lain dalam mengeluarkan kenyataan mengakibatkan kebanyakan rakyat keliru.

Memetik sumber Berita Harian, ia merujuk kepada kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini yang mengatakan bahawa DAP ada memohon jawatan Timbalan Perdana Menteri namun ia disangkal Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

“Masakan ‘pohon boleh bergoyang jika tiada angin yang meniup’, ini perumpamaan yang boleh saya samakan terhadap pembangkang.

“Biarpun cuba menyangkal, Kit Siang juga ada menyatakan bahawa tidak ada salahnya beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang dalam pilihan raya umum nanti.

“Walaupun tiada disebut dalam perlembagaan mengenai jawatan itu, ianya tetap menjadi keutamaan kepada rakyat untuk mengetahui hasrat pembangkang,” katanya.

Malah jelasnya lagi, rakyat berhak mengetahui hala tuju yang jelas sesebuah parti bagi memilih kerajaan yang mempunyai keupayaan untuk memerintah dengan aman dan stabil seperti Barisan Nasional (BN).

“Pihak pembangkang sememangnya tidak akan berterus terang kerana mereka sendiri tidak mampu untuk membuat keputusan yang tepat. Kerajaan BN sentiasa mempunyai hala tuju yang jelas.

“Setiap keputusan yang dibuat adalah berdasarkan isi hati rakyat serta perancangan yang baik,” katanya.

Beliau berkata Transformasi Nasional 2050 (TN50) adalah contoh bagaimana kerajaan menyediakan negara yang hebat hasil daripada generasi hari ini untuk generasi akan datang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");