Berita Hari Ini

Kerajaan Buka Ruang Kepada SPRM Buru Pesalah – TPM

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan membuka ruang sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan penyiasatan terhadap mereka yang disyaki terlibat dalam kesalahan rasuah termasuk ahli politik.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, SPRM diberi ruang seluas-luasnya untuk menyiasat, menggeledah dan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang terbabit dalam gejala rasuah

“SPRM bukan hanya sekadar ‘diperundangkan’ tetapi mempunyai kuasa mutlak untuk memburu sesiapa sahaja sama ada ahli politik, ahli perniagaan atau pemegang-pemegang jawatan dalam kerajaan.

“Bagi Kementerian Dalam Negeri (KDN), saya memberikan ruang sepenuhnya untuk SPRM, bukan sekadar menyiasat tetapi menggeledah semua maklumat yang diperolehi serta mengambil tindakan segera ke atas semua pertuduhan,” katanya, lapor mstar.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad pada Khamis yang berkata pihaknya tidak pernah mengetepikan perhatian terhadap ahli-ahli politik yang dipercayai melakukan perbuatan rasuah, sebaliknya hanya menunggu masa untuk mengambil tindakan tegas terhadap ahli-ahli politik berkenaan.

Timbalan perdana menteri berkata SPRM mempunyai peruntukan undang-undang yang luas untuk menjalankan siasatan termasuk melakukan penggeledahan dan mereka seharusnya menggunakan ruang tersebut untuk mengambil tindakan berdasarkan hak yang telah diperundangkan.

Mengenai RELA, Ahmad Zahid berkata dengan keanggotaan melebihi tiga juta, jabatan itu perlu bergerak ke arah menjadi tenaga kesukarelawan yang sentiasa berada di barisan hadapan dalam membantu pasukan keselamatan lain mempertahankan keselamatan negara.

Peranan RELA juga perlu terus relevan dalam memberikan perkhidamatan berdasarkan situasi semasa, namun perkara asas seperti memberi bantuan ketika banjir harus diperhebat kerana ia merupakan pendekatan ‘berpaksikan rakyat’ yang telah memberikan imej baik kepada jabatan, katanya.

Pada majlis itu, Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim mengetuai pemakaian pangkat membawa gelaran Ketua Pesuruhjaya RELA Kehormat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");