Berita Hari Ini

Kerajaan negeri akan panggil kumpulan panjat ‘Ipoh’

IPOH – Kerajaan Negeri akan memanggil kumpulan remaja yang menggemparkan seluruh negara dengan aksi berswafoto pada struktur blok perkataan Ipoh termasuk pada kren di sebuah tapak pembinaan baru-baru ini.

Exco Sumber Manusia, Belia dan Sukan Negeri, Datuk Shahrulzaman Yahya berkata, tujuan memanggil kumpulan remaja berkenaan adalah bertujuan mengadakan perbincangan mengenai tindakan yang dilakukan mereka itu.

“Kita akan panggil mereka untuk berbincang bagaimana kita boleh ambil tindakan, apa yang mereka nak buat.

“Dah ada contoh pun sebelum ni. Spux yang dahulu buat seni (graffiti art) secara illegal (tidak sah) pun sekarang dah buat secara legal dan jadi income earner (sumber pendapatan),” katanya kepada Sinar Harian.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");