Isu Panas

Kerjasama: Kit Siang hanya bersandiwara

KUALA LUMPUR – Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong menyifatkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang hanya bersandiwara apabila kononnya mahu bekerjasama dengan parti itu.

Beliau berkata, Kit Siang tidak pernah menghubungi parti itu, sebaliknya hanya memaklumkan menerusi sidang media sahaja.

“Ini hanya sandiwara, saya sendiri pun tahu mengenai jemputan itu apabila membacanya di surat khabar,” katanya kepada pemberita selepas majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Gerakan di Bangunan PGRM, Cheras di sini, hari ini.

Baru-baru ini, media tempatan melaporkan bahawa Kit Siang mahu berbincang dengan pemimpin kanan Umno, MCA dan Gerakan, kononnya bagi tujuan kerjasama menyelamatkan Malaysia.

Kit Siang dilaporkan berkata, pemimpin MCA dan Gerakan turut diberikan tempoh 72 jam untuk menyatakan persetujuan mereka tanpa perlu mendapat kebenaran Umno.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");