Berita Hari Ini

Kerjasama tiga hala banteras Daesh

PUTRAJAYA: Malaysia, Indonesia dan Filipina melaksanakan kerjasama tiga hala dalam usaha membanteras kegiatan Daesh di rantau ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah proaktif itu dimulakan antara Presiden Indonesia, Joko Widodo dan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, sebelum dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada lawatan rasmi Duterte ke negara ini, tahun lalu.

“Kerjasama tiga hala ini bertujuan memburu dan melakukan pencegahan terhadap pengganas atau bakal pengganas.

“Dari segi operasi pun, kita buat bersama dan tidak lagi bertindak secara sendirian,” katanya pada sidang media ketika menerima kunjungan hormat perpisahan Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Herman Prayitno di Perdana Putra di sini, hari ini.

Mengenai hubungan dengan Indonesia, Ahmad Zahid berkata, ia akan terus diperkukuhkan di semua peringkat dalam isu yang membabitkan kepentingan bersama.

Herman akan menamatkan perkhidmatan sebagai Duta Besar Indonesia ke Malaysia pada 31 Januari ini selepas bertugas pada 2012 dan digantikan dengan anggota Dewan Penasihat Presiden Indonesia yang juga seorang usahawan, Rusdi Kirana.

-BH ONline

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");