Jenayah

Kes bunuh 5 warga Myanmar – 25 ditahan

Serdang: Seramai 25 individu ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh lima warga Myanmar di kawasan Perindustrian Sri Serdang, di sini, pada 5 Januari lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad berkata, penahanan 25 individu itu diyakini akan menyelesaikan kes berkenaan dalam tempoh terdekat.

“Kami menahan 25 individu terdiri daripada warga Myanmar dan tempatan berusia lingkungan 20 hingga 50 tahun bagi membantu siasatan kes bunuh terbabit.

“Ada antara mereka sudah diikat jamin, manakala selebihnya masih ditahan untuk siasatan lanjut. Dengan penahanan ini, kami yakin berjaya menyelesaikan kes berkenaan dalam tempoh terdekat,” katanya selepas menyaksikan Majlis Pelupusan Mesin Komputer Perjudian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, lima warga Myanmar maut, manakala dua lagi cedera parah selepas dipercayai terbabit dalam pergaduhan di kawasan Perindustrian Sri Serdang, di sini, pada 5 Januari lalu.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");