Isu Panas

Kestabilan politik bolehkan perayaan disambut harmoni

SANDAKAN – Kestabilan politik dan rakyat pelbagai kaum hidup bersama-sama secara harmoni membolehkan setiap perayaan di negara ini disambut dalam suasana sejahtera, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Sehubungan itu, beliau meminta semua rakyat sama-sama mengekalkan suasana itu yang penting dalam membangunkan negara.

“Saya gembira melihat orang ramai yang hadir pada Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina terdiri daripada suku, kaum dan agama berbeza untuk sama-sama memeriahkan sambutan perayaan itu.

“Ini yang kita utamakan, adanya kestabilan politik dan keharmonian yang wujud membolehkan kita menyambut perayaan dengan baik dan sejahtera,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Parti Bersatu Sabah Bahagian Batu Sapi di sini, hari ini.

Turut mengunjungi rumah terbuka itu ialah Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Musa berkata seperti biasa pada sambutan Tahun Baharu Cina setiap tahun, beliau mengunjungi rumah terbuka yang dianjurkan rakan daripada parti lain dalam komponen Barisan Nasional (BN) Sabah.

Beliau sebelum itu mengunjungi rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia di Sabah Tan Sri Andrew Liew di rumahnya di Taman Sentosa dan rumah terbuka BN Sandakan di Dewan Persatuan Hakka di Batu 6, Jalan Labuk, di sini.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");