Panasnya Hari Ini

Kit Siang Hanya Bersandiwara

KUALA LUMPUR:Presiden GERAKAN, Datuk Seri Mah Siew Keong berpendapat bahawa Penasihat DAP, Lim Kit Siang hanya bersandiwara apabila mengajak parti itu bekerjasama untuk membebaskan Malaysia daripada menjadi kleptokrasi dunia.

Memetik sumber Berita Harian jelasnya, GERAKAN tidak melayan permintaan itu berikutan ia hanya dibuat melalui sidang media yang jelas menunjukkan veteran DAP itu tidak ikhlas.

“Kalau ikhlas dan bersungguh-sungguh, pemimpin parti pembangkang itu seharusnya menghantar surat rasmi atau menghubungi saya untuk duduk berbincang sambil minum kopi.

“Saya hanya tahu mengenai perkara itu menerusi akhbar,” katanya kepada media selepas menghadiri rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran GERAKAN di Wisma PGRM, di Cheras, pada Ahad.

Terdahulu dilaporkan Kit Siang berkata, pemimpin MCA dan GERAKAN diberi 72 jam untuk menyatakan persetujuan bekerjasama dengan DAP tanpa perlu mendapatkan kebenaran UMNO.

Bagaimanapun, Siew Keong yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi berkata, beliau kini memberikan tumpuan penuh untuk memajukan ekonomi pekebun kecil, berbanding melayan isu politik yang tidak memanfaatkan masyarakat.

“Sepatutnya dalam meraikan Tahun Baharu Cina, saya tidak boleh marah, tetapi apabila membaca kenyataan Kit Siang, saya jadi marah kerana beliau cuba bermain sandiwara dalam isu negara,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");