Isu Panas

Kit Siang Sifatkan Hadi Seorang Yang Angkuh

BAYAN BARU – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang disifatkan sebagai angkuh selepas menolak pelawaan DAP untuk berbaik semula dan bekerjasama bagi menyelamatkan negara.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang juga ahli Parlimen Gelang Patah berkata, Abdul Hadi juga tidak berhak untuk memutar belit fakta dengan menuduh DAP anti Islam apabila menolak Rang Undang-Undang (RUU) 355 yang dibentangkan Pas.

Kit Siang berkata, beliau akan berbincang dengan peguamnya berhubung kenyataan Abdul Hadi itu untuk diambil tindakan undang-undang.

“Pendirian saya jelas, pelawaan saya adalah untuk menyelamatkan negara dari terus menjadi kleptokrasi dunia. Jika beliau (Abdul Hadi) seorang yang patriotik dan sayangkan negara, dia akan terima pelawaan saya untuk sama-sama berusaha menyelamatkan negara.

“Mengapa perlu memutar belit fakta dengan menuduh DAP anti Islam? Apa yang penting sekarang adalah selamatkan negara. Mengapa beliau cakap isu anti Islam pula? Beliau patut cermin diri sendiri sebelum berkata-kata,” katanya, lapor Sinar Harian.

Kit Siang ditemui ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Ketua Menteri di sini tadi.

Semalam, Abdul Hadi menegaskan PAS sudah menutup pintu untuk berbaik semula dengan DAP.

Kenyataan itu dibuat selepas seminggu Kit Siang menyatakan kesediaannya untuk memulih semula hubungan dengan Abdul Hadi.

Abdul Hadi berkata, Pas tidak dapat menerima kembali DAP atas beberapa alasan termasuk parti itu terbukti menentang pelaksanaan undang-undang Islam khususnya berkaitan Rang Undang-Undang (RUU) 355 yang dibentangkan PAS.

Selain itu, Abdul Hadi berkata, DAP juga didapati gagal menangani pelbagai masalah rakyat sejak parti itu memerintah Pulau Pinang sehingga sekarang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");