Berita Hari Ini

KKLW akan bantu prasarana musnah

BACHOK – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) akan segera membaiki prasarana di luar bandar selepas menerima laporan rasmi daripada Pentadbir Mukim (penggawa).

Timbalan Menterinya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, peruntukan RM30 juta disediakan untuk membaik pulih semua prasarana terbabit termasuk jalan rosak, madrasah, serta longkang di luar bandar.

Beliau berkata, selepas banjir reda kerosakan yang terlibat perlu dilaporkan segera kepada Pentadbir Mukim untuk dibawa kepada pejabat KKLW di Kota Bharu sebelum diteliti dan diluluskan.

“Kita akan segera ambil tindakan selepas laporan rasmi dibuat oleh Pentadbir Mukim ke pejabat KKLW di Kota Bharu. Kita tahu banyak jalan, longkang, balai raya, tadika dan pelbagai kemudahan awam lain yang rosak apabila banjir melanda minggu lepas.

“Semua laporan ini perlu dibuat secara telus tak kiralah sama ada jalan itu digunakan oleh orang parti berlainan sekali pun. Jangan pedulikan soal parti sebab ia kemudahan untuk semua orang,” katanya ketika sidang media selepas merasmikan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pak Badol dekat sini hari ini.

Dalam majlis itu juga seramai 141 keluarga yang dilanda banjir di Bachok menerima sumbangan keperluan harian di bawah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) yang disampaikan oleh Ahmad Jazlan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");