Sukan Hari Ini

Klopp akui kesilapan

KEMPEN Liverpool dalam saingan Piala FA terkandas apabila dijinakkan kelab Divisyen Dua, Wolverhampton Wanderers, 2-1 di Anfield.

Pengurusnya, Juergen Klopp yang nyata kecewa dengan keputusan itu menyifatkan pemain The Reds tidak bersedia sejak dari awal lagi.

Namun pengurus berbangsa Jerman itu tidak menyalahkan pemain, sebaliknya mengakui bertanggungjawab atas kekalahan berkenaan.

“Saya bertanggungjawab menyusun pemain. Jadi, saya tidak boleh menyalahkan mereka.

“Sejak awal lagi kami sudah tampil buruk. Pemain kelihatan seperti tidak bersedia hingga menyebabkan kami banyak kehilangan bola.

“Apa pun, saya perlu meletakkan kekalahan ini di bahu saya dan bukannya pemain,” katanya.

Dalam perlawanan itu, Klopp melakukan sembilan perubahan pemain apabila hanya mengekalkan Loris Karius dan Roberto Firmino dalam kesebelasan utama.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");