Sukan Hari Ini

Klopp salahkan pengadil

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp berang dengan pengadil, Martin Atkinson berikutan kegagalannya untuk menghadiahkan sepakan penalti kepada Liverpool sehingga menjadi punca The Reds gagal mara ke final Piala Liga apabila tewas kepada Southampton, awal pagi semalam.

Klopp mengakui pasukan bimbingannya perlu memanfaatkan peluang yang terhidang, bagaimanapun dia berasakan Atkinson telah membuat keputusan salah apabila tidak menghadiahkan sepakan penalti selepas bola terkena tangan Shane Long.

Pengurus dari Jerman itu berkata, ini bukan kali pertama pasukannya dinafikan hak disebabkan oleh kelemahan pengadil musim ini.

“Pengadil gagal mengesan bola terkena tangan Long dan ia tidak membantu dalam perlawanan seperti ini.

“Kalau kami dapat dengar wisel pengadil adalah lebih bagus. Saya tidak terkira berapa kali perkara ini telah berlaku musim ini.

“Ketika berdepan Manchester United, kami dibolosi dengan gol yang jelas ofsaid (yang dijaringkan oleh Zlatan Ibrahimovic). Tiada siapa yang membuka mulut.

“Malam ini, kami tidak diberi sepakan penalti, tiada siapa yang membuka mulut,” katanya.

Long menjaringkan gol kemenangan pada lewat pertemuan kedua di Anfield, memastikan Southampton mara dengan agregat 2-0 untuk beraksi di Wembley.

Klopp bagaimanapun enggan memanjangkan isu tersebut sebalik menganggap tuah tidak menyebelahi mereka.

“Kami memiliki beberapa peluang, namun tiada nasib,” ujarnya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");