Jenayah

Konstabel parah kemalangan

SEPANG: Seorang anggota polis berpangkat konstabel parah selepas teksi Limo yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah treler dalam kejadian kira-kira 11.40 malam kelmarin, di kilometer 32.4 Lebuhraya Elite.

Mangsa adalah Konstabel Nelson Katinggang, 22, bertugas di Balai Polis Jalan Campbell Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban.

Dalam kejadian itu, pemandu teksi itu, Ahmad Fazli Mohd Junid, 38, maut.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, siasatan awal mendapati pemandu treler yang membawa muatan baja dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala ke Arah Nilai berada di lorong paling kiri.

Menurutnya, sampai tempat kejadian, tiba-tiba teksi limo yang dipandu mangsa melanggar belakang treler menyebabkan pemandu teksi maut di tempat kejadian.

“Manakala anggota polis mengalami cedera parah.

“Anggota ini kini ditempatkan di zon merah Hospital Seremban kerana parah di bahagian leher dan rahang,” katanya.

Beliau berkata, mayat pemandu teksi itu dibawa ke forensik Putrajaya untuk bedah siasat.

Tambahnya, kita telah merakam percakapan pemandu treler berusia 40 tahun itu untuk siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");