Isu Panas

Konvensyen penting BN Kelantan Februari ini

KOTA BHARU – Konvensyen Barisan Nasional (BN) Kelantan yang diadakan penghujung Februari ini lebih memfokuskan kepada strategi memperkuatkan parti-parti komponennya sebagai persediaan PRU14 nanti.

Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, konvensyen yang dijadualkan berlangsung di Kota Bharu itu juga adalah untuk memperhebatkan barisan pimpinan dan akar umbi demi rakyat.

Mustapa berkata, ia juga dilaksanakan untuk merangka sentuhan terbaik yang boleh dilakukan BN dalam membela nasib rakyat Kelantan tanpa mengira kaum dan agama.

“Selain persediaan pilihan raya umum. Kita buat ini demi semua rakyat Kelantan. Kita akan jemput wakil MCA, MIC, Gerakan, PPP dan Umno.

“Kita menghargai setiap undi, tidak kira Melayu, Siam dan India, Cina dan semuanya. Kita mahu pastikan perjuangan ini difahami seluruh rakyat Kelantan,” katanya kepada media.

Terdahulu beliau bersama, Pengerusi MCA Kelantan, Tan Ken Ten dan Naib Ketua Umno Kota Bharu, Datuk Rosmadi Ismail menziarahi keluarga, Siew Chee Wie yang menghidap penyakit saraf mengecut di Jalan Telipot sempena Tahun Baru China.

Katanya, konvensyen tersebut dijangka disertai 500 perwakilan dan mendapat sokongan hebat semua parti-parti komponen.

Dalam perkembangan lain, Mustapa yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Kelantan berkata, nilai sebenar jumlah kerugian akibat banjir yang berlaku di negeri ini dijangka diperoleh seminggu lagi.

“Saya telah arahkan Jabatan Pembangunan untuk mengumpulkan segera jumlah kerosakan. Kita ada terima laporan dari Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pendidikan Negeri…tidak besar sangat.

“Kita akan kumpulan dan ada sesetengah kerja-kerja membaik pulih kerosakan kecil sudah dimulakan, umpamanya Jalan Raya Timur Barat. Kita telah ambil tindakan segera dan mana-mana memerlukan peruntukan kita akan usahakan,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");