Berita Hari Ini

KPDNKK pantau 12 barangan skim kawalan harga

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur membuat pemeriksaan terhadap 12 barangan yang telah disenaraikan di bawah Skim Kawalan Harga Sempena Musim Perayaan Tahun Baru Cina yang bermula Isnin lalu hingga 3 Februari depan.

Pengarah KPDNKK Kuala Lumpur, Ummi Nasrah Othman berkata, skim kawalan harga ini berkuatkuasa selama 12 hari.

Menurutnya, pihaknya telah membuat pemeriksaan secara menyeluruh di pasar awam, pasar pagi, pasar malam, supermarket, hypermarket dan kedai runcit.

“Dalam pemeriksaan berkenaan, sebanyak 322 kenyataan beramaran telah dikeluarkan terhadap peniaga supaya mematuhi Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum) 2017, Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penandaan Harga Barangan Harga Terkawal) 2017 dan Perintah Kawalan Harga (Penandaan Harga Oleh Penjual Runcit) 1993.

“Lapan tindakan telah dikenakan dengan nilai kompaun sebanyak RM800 mengikut Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penandaan Harga Barangan Harga Terkawal) 2017 kerana gagal meletakkan tanda harga,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan ini dijalankan secara menyeluruh dan berterusan untuk memastikan bekalan mencukupi.

Katanya, peniaga diingatkan supaya menjual barangan harga terkawal tidak melebihi harga maksimum yang ditetapkan kerajaan selain meletakkan tanda harga khas berwarna merah jambu bagi membezakan barangan harga terkawal.

Tambahnya, sekiranya peniaga gagal mematuhi peraturan, tindakan tegas boleh dikenakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Sebarang aduan boleh hubungi talian bebas tol 1-800-886-800 atau layari web http://eaduan.kpdnkk.gov.my . Pengguna juga boleh laporkan aduan melalui ez-adu dengan mengantar SMS ke 15888 dengan menaip “KPDNKK ADUAN , atau hubungi talian 03-4045 4555.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");