Sukan Hari Ini

‘Kritikan beri saya semangat’

PENYERANG Manchester United, Zlatan Ibrahimovic mengakui kritikan dilemparkan kepadanya selama ini menjadi pembakar semangatnya untuk menjaringkan gol.

“Pada awal kedatangan saya ke Liga Perdana Inggeris semua orang meraguinya dan anggap saya tidak dapat bertahan dengan umur sebegini.

“Tetapi seperti biasalah, mereka (pengkritik) kini terpaksa menelan kembali kata-kata yang pernah mereka lontarkan dahulu selepas melihat apa yang saya kecapi sekarang.

“Kritikan sebegitulah yang memberi saya semangat sebenarnya. Di saat pengkritik dibayar untuk berbual kosong, saya pula dibayar untuk bermain dengan kaki saya dan itulah perkara yang paling saya nikmati,” katanya.

Awal musim lalu Ibra pernah dikritik kerana gagal menjaringkan gol dalam enam perlawanan tetapi beliau bangkit menjaringkan lapan gol dan tiga assist dalam lapan perlawanan terakhir sekali gus menutup mulut pengkritik yang pernah mengkritiknya termasuklah Michael Owen.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");