Laporan Eksklusif

Langkah ringan beban syarikat AP

CYBERJAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan setuju mengkaji langkah baharu bagi meringankan beban syarikat Permit Import (AP) Terbuka terutama berkaitan sistem fi AP.

Perdana Menteri berkata, sejak diperkenalkan pada 2010, fi AP sebanyak RM10,000 dikenakan bagi setiap AP Terbuka menimbulkan tekanan khusus dalam aliran tunai kepada syarikat AP Terbuka.

Beliau berkata, kerajaan setuju mengkaji sistem fi AP berkenaan dan menunggu cadangan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk kelulusan.

“Ia membabitkan hasil negara, justeru Kementerian Kewangan akan menyertai perbincangan bagi mengemukakan cadangan itu,” katanya berucap pada Majlis Perasmian Wisma Yayasan Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) di sini, hari ini.

Sejak sistem fi AP Terbuka diperkenalkan pada 2010, katanya, kerajaan mengutip kira-kira RM2 bilion.

Najib berkata, berdasarkan laporan Persatuan Automotif Malaysia (MAA), jualan kenderaan dari Januari hingga November tahun lalu adalah 515,293 unit, penurunan 13.73 peratus berbanding tempoh sama pada 2015 iaitu 597,306 unit.

“Syarikat AP Terbuka diharap peka dengan keadaan dan kehendak pasaran semasa selain berusaha meningkatkan keupayaan serta daya saing.

“Mereka perlu berusaha mempelbagaikan aktiviti perniagaan dan tidak mengharapkan punca pendapatan daripada jualan kereta dan motosikal import terpakai semata-mata,” katanya.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");