Sukan Hari Ini

LBR medan cari pemain

Kuala Lumpur: Kejohanan Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) peringkat kebangsaan yang memasuki edisi kedua tahun ini masih lagi relevan sebagai medan terbaik untuk melahirkan lebih ramai pemain bola sepak berbakat di Malaysia.

Timbalan Pengerusi LBR, Datuk Seri Wan Adnan Wan Mamat berkata kejayaan pasukan Kuching FA menjuarai edisi sulung LBR tahun lalu menyaksikan mereka layak bermain dalam Liga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan membuktikan kemampuan bermain pada tahap profesional.

Beliau berkata selain kejayaan Kuching FA itu seorang pemain berbakat daripada pasukan Kangar FA juga dipancing dengan bayaran gaji lumayan oleh sebuah pasukan terkemuka dalam Liga Malaysia (Liga-M).

“LBR merupakan platform terbaik melahirkan lebih ramai pemain baharu yang mempunyai bakat. Oleh itu semua pasukan bertanding edisi kali ini boleh menjadikan kejayaan Kuching FA yang beraksi di Liga FAM sebagai contoh terbaik,” katanya selepas sesi taklimat LBR di sini, hari ini.

Pasukan Kuching FA muncul juara edisi sulung LBR selepas menang 3-1 ke atas Padang Besar FA pada final di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada Mei tahun lalu.

Sebanyak 16 pasukan membabitkan lapan zon utama iaitu Utara yang terdiri dari Perlis dan Kedah; Barat (Pulau Pinang dan Perak); Tengah I (Selangor dan Pahang); Tengah II (Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan); Selatan (Melaka dan Johor); Timur (Kelantan dan Terengganu) serta Borneo I (Sabah) dan Borneo II (Sarawak).

Empat pasukan terbaik setiap kumpulan akan layak ke peringkat suku akhir yang dijalankan mengikut format kalah mati.

Juara kejohanan bakal membawa pulang hadiah RM100,000 dan RM70,000 untuk naib juara manakala pasukan tewas separuh akhir menerima RM25,000 setiap pasukan.

-Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");