Perak Hari Ini

Lebih 5,000 Sambut Tahun Baru Di Ipoh

IPOH : Lebih 5,000 pengunjung hadir bagi memeriahkan sambutan ambang tahun baru 2017 di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI),malam tadi.

Turut diadakan ialah gimik pelancaran Tahun Melawat Perak 2017 yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi yang mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Zambry dalam ucapannya berkata, prestasi industri pelancongan negeri Perak sebelum ini perlu dijadikan sebagai perangsang untuk memajukan sektor pelancongan di Perak.

“Kita mempunyai pelbagai kekuatan dalam sektor pelancongan untuk diteroka dalam pelbagai aspek.

“Dengan kerjasama semua pemain industri, kita mampu membawa Perak ke tahap yang lebih tinggi dalam memartabatkan industri pelancongan di negeri ini,”katanya.

Teks ucapan Zambry itu dibacakan oleh Nolee Ashilin di hadapan lebih 5,000 pengunjung yang hadir.

Pengunjung yang hadir dimeriahkan dengan persembahan tarian setiap kaum di Malaysia serta persembahan artis tanah air seperti Projector Band, Syuhada dan Haqiem Rushdi.

Selain itu, majlis turut menyambut ketibaan, Hishamuddin Md Rashid yang menjelajah seluruh Semenanjung Malaysia dengan sebuah motorsikal klasik keluaran tahun 1974.

Lebih dikenali sebagai Kojeq, beliau menamatkan jelajahnya yang bermula pada 15 Disember lalu dengan jarak sejauh 2,187 kilometer.

Dalam siri jelajahnya, Kojeq turut mempromosikan negeri Perak melalui edaran risalah pelancongan bersempena Tahun Melawat Perak 2017.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");