Berita Hari Ini

Lebih ramai pakar perubatan menjelang TN50

GEORGETOWN: Kementerian Kesihatan mensasarkan untuk melahirkan lebih ramai pakar perubatan menjelang pelaksanaan Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, berkata Malaysia ketika ini hanya mempunyai kira-kira 300 doktor pakar dan jumlah itu masih tidak mencukupi untuk ditempatkan di semua pusat kesihatan seluruh negara.

“Kita amat mengalu-alukan TN50 yang dibuat khusus sebagai persediaan ke arah menjadi negara yang lebih baik dan maju.

“Kementerian Kesihatan turut tidak terkecuali untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat menerusi penghasilan lebih ramai pakar perubatan di negara ini.

“Kita mahu pada masa akan datang, perkhidmatan kesihatan bersifat lebih individualistik iaitu pegawai perubatan mengenali pesakitnya secara peribadi,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Program Hadiah Kasih Sayang di Sekolah Kebangsaan (SK) Teluk Bahang di sini, hari ini.

TN50 dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak malam tadi di Dewan Tuanku Canselor Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Ia adalah dasar futuristik bagi memeta hala tuju negara untuk tempoh 30 tahun selepas 2020.-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");