Jenayah

Lelaki cuba rompak bank guna pistol

SUNGAI PETANI: Seorang pengawal keselamatan dan kakitangan bank tempuhi detik cemas apabila bergelut hampir tiga minit dengan seorang suspek bersenjatakan pistol dalam cubaan rompakan di UOB Bank cawangan Taman Ria Jaya, di sini pagi tadi.

Menurut sumber, dalam kejadian, kira-kira jam 8.15 pagi tadi, seorang pekerja bank itu mula masuk ke dalam bank untuk memulakan urusan kerja.

“10 minit kemudian, didatangi suspek lelaki memakai topi keledar dan sarung tangan kiri serta memegang pistol dan mengacu pistol kepada salah seorang pengawal keselamatan tidak bersenjata dan meminta dia bergerak ke belakang dan tidak melawan sekiranya mahu selamat.

“Ketika itu, difahamkan berlaku pergelutan antara suspek dengan seorang lagi pengawal keselamatan yang bersenjatakan pump gun dan suspek dipercayai melepaskan dua tembakan di celah kangkang mangsa,”katanya kepada media, di sini.

Tambah beliau, cubaan suspek itu akhirnya berjaya dihalang oleh dua pengawal keselamatan bank terbabit yang dibantu oleh seorang kakitangan bank berjaya menindih suspek dan menghubungi polis, pada jam 8.40 pagi.

“Seminit kemudian, anggota polis dari Cawangan Kereta Peronda (MPV) yang dimaklumkan mengenai kejadian bergegas ke lokasi, pada jam 8.41 pagi dan segera membantu pengawal keselamatan yang cedera akibat terkena tembakan.

“Pengawal keselamatan berusia 51 tahun yang cedera itu dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) menaiki ambulan, kini dilaporkan stabil kesalahan.

“Dalam kejadian itu, difahamkan suspek tidak mengalami sebarang kecederaan dan berjaya ditahan polis manakala pistol yang digunakan untuk merompak juga berjaya dirampas,” katanya.

Menurut sumber juga, suspek berusia 50 tahun merupakan seorang bekas tentera bersara yang berkhidmat selama 22 tahun.

Kini, dia tinggal di kawasan perumahan di sini dan didapati bekerja sebagai pengurus sebuah syarikat pengawal keselamatan sejak tahun 2008 dan masih dalam perkhidmatan.

Didapati, pistol digunakan itu adalah milik syarikat yang dia berkhidmat itu akan sentiasa dibawa dalam pemilikannya setiap masa.

Sementara tu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa mengesahkan kejadian dan pihaknya kini sedang menjalankan siasatan terperinci.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");