Jenayah

Lelaki ditahan bantu siasatan kebakaran rumah rakit

KOTA TINGGI: Polis menahan seorang lelaki berusia 36 tahun bagi membantu siasatan kebakaran rumah rakit di Kampung Teluk Sengat semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, lelaki penduduk tempatan yang bekerja sebagai nelayan itu ditahan dekat sebuah rumah di Jalan Semilang, Kampung Belading.

“Satu pasukan serbuan yang diketuai Inspektor Anuar Muhamad Razdi dan anggota Balai Polis Telok Sengat telah membuat serbuan di sebuah rumah dan berjaya menahan lelaki berkenaan.

“Tangkapan terus dibawa ke Balai Polis Teluk Sengat untuk tindakan lanjut. Pemeriksaan urin juga menunjukkan suspek positif dadah AMP,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, tangkapan direman selama enam hari bermula hari ini sehingga 8 Januari untuk membantu siasatan kes dibawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan rumah rakit berkenaan yang menjalankan aktiviti memancing dan penginapan serta terdapat restoran makanan laut musnah keseluruhannya dalam kejadian kebakaran kira-kira jam 7 pagi semalam.

Pemiliknya juga tidak menolak kemungkinan ia merupakan perbuatan khianat kerana ketika kejadian berlaku tiada orang diatas rakit berkenaan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");